Usahawan

Personaliti ESTP

Usahawan ialah individu yang bijak, bertenaga, sangat perseptif dan benar-benar menikmati kehidupan yang penuh risiko.

A scene representing the ESTP personality type (Entrepreneur). A famous male ESTP skier stands confidently in the snow, with pine trees and a mountain in the background. The skier is the center of attention, smiling while two fans – a male and a female – excitedly take his picture and ask for an autograph. The overall scene conveys a sense of adventure, boldness, sociability, and popularity.
E Extrovert S Pemerhati T Pemikir P Meneroka

Usahawan

Kehidupan adalah sama ada suatu pengembaraan yang berani atau tidak sama sekali.

Helen Keller

Usahawan (ESTP) sentiasa memberi kesan terhadap persekitaran sekeliling mereka - cara terbaik untuk mengenal pasti mereka di sesuatu acara adalah dengan mencari pusaran orang yang bergerak di sekeliling mereka ketika mereka berpindah daripada kumpulan ke kumpulan. Tertawa dan menghibur dengan jenaka yang bersahaja dan bersifat natural, personaliti Usahawan suka menjadi tumpuan perhatian. Jika ada anggota penonton diminta naik pentas, Usahawan akan sukarela - atau meminta kawan yang pemalu untuk melakukannya.

Teori, konsep abstrak, dan perbincangan yang meleret mengenai isu-isu global dan implikasinya tidak dapat menarik minat Usahawan untuk waktu yang lama. Usahawan memastikan perbualan mereka penuh bertenaga, dengan kecerdasan yang cukup, tetapi mereka lebih suka membincangkan tentang realiti - atau lebih baik lagi, untuk terus bertindak. Usahawan bertindak dulu sebelum berfikir, memperbaiki kesilapan sepanjang perjalanan, berbanding duduk tanpa melakukan apa-apa, merancang langkah-langkah berjaga-jaga dan klausa menyelamatkan diri.

Personaliti Usahawan (ESTP)

Terjun Saja

Usahawan adalah golongan yang paling cenderung untuk menjadikan tingkah laku berisiko sebagai cara hidup mereka. Mereka hidup dalam masa sekarang dan terus terjun dalam tindakan - mereka adalah seperti mata taufan. Individu dengan personaliti Usahawan gemar akan drama, keghairahan, dan keseronokkan, bukan untuk keseronokkan emosi, tetapi kerana ia merangsang minda logik mereka. Mereka terpaksa membuat keputusan penting berdasarkan realiti sebenar dan segera dalam proses tindak balas rangsangan rasional yang cepat.

Ini menjadikan sekolah dan persekitaran yang sangat teratur satu cabaran bagi Usahawan. Ia bukan kerana mereka kurang bijak dan dan mereka boleh melakukannya dengan baik, tetapi kerana pendekatan yang terkawal dan pendekatan syarahan dalam pendidikan formal sangat bertentangan dengan pembelajaran praktikal yang mereka sukai. Ia memerlukan kematangan yang tinggi untuk melihat proses ini sebagai cara yang diperlukan untuk mencapai matlamat, sesuatu yang mewujudkan lebih banyak peluang yang menarik.

Turut menjadi cabaran kepada Usahawan adalah lebih wajar untuk menggunakan kompas moral mereka sendiri daripada orang lain. Peraturan dibuat untuk dilanggar. Ini adalah perasaan yang jarang dikongsi oleh sesetengah pengajar sekolah menengah atau penyelia korporat, dan boleh memberikan reputasi tertentu kepada personaliti Usahawan. Tetapi jika mereka mengurangkan kelakuan yang mencetuskan masalah, mengawal tenaga mereka, dan memberi tumpuan pada perkara yang membosankan, Usahawan adalah satu daya yang perlu disegani.

Jalan yang Kurang Dilalui

Dengan pandangan yang mungkin tajam daya tanggapannya dan tanpa tapisan bagi sebarang jenis, Usahawan memiliki kebolehan unik dalam mengesan perubahan-perubahan kecil. Mereka dapat mengesan perubahan dalam ekspresi muka, gaya pakaian baharu, atau tabiat yang berubah. Orang dengan jenis personaliti ini pandai mengenal pasti pemikiran dan motif yang tersembunyi, di mana kebanyakan jenis lain mungkin sukar untuk memahami apa-apa perkara yang spesifik sama sekali. Usahawan menggunakan pengetahuan ini dengan segera, menyoroti perubahan dan mengajukan soalan, walaupun kadang-kadang mereka mungkin tidak mengambil kira sensitiviti orang lain. Usahawan sepatutnya ingat bahawa tidak semua orang mahu rahsia dan keputusan mereka diumumkan.

Kadang-kadang pemerhatian dan tindakan serta-merta Usahawan adalah apa yang diperlukan, seperti dalam sesetengah persekitaran korporat, dan terutamanya dalam situasi kecemasan.

Jika Usahawan tidak berwaspada, mereka mungkin terlalu terjebak dalam situasi, melanggar batas, dan tidak mengendahkan orang yang lebih sensitif, atau lupa untuk menjaga kesihatan dan keselamatan mereka ramai Usahawan di luar sana untuk menjadikan keadaan lebih bersemangat dan kompetitif, dan tidak begitu ramai sehingga menimbulkan risiko kepada sistem secara keseluruhan.

Usahawan adalah individu yang penuh ghairah dan bertenaga, ditambah dengan pemikiran yang rasional walaupun kadang-kadang mudah teralih perhatian. Mereka mempunyai kebolehan untuk menginspirasi dan meyakinkan orang lain, serta mempunyai personaliti yang berwarna-warni. Sebagai pemimpin kumpulan semula jadi, mereka mampu menarik semua orang ke jalan yang kurang dilalui, membawa kehidupan dan kegembiraan ke mana sahaja mereka pergi. Cabaran sebenar bagi Usahawan adalah bagaimana untuk menggunakan kualiti-kualiti ini untuk mencapai tujuan yang konstruktif dan memberi ganjaran.